Utama
PAS Parit Buntar anjur program rai orang Tionghua sebelum Tahun Baru Cina

PARIT BUNTAR, 28 Jan. : PAS Kawasan Parit Buntar dengan kerjasama Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Husain, Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusof Rawa, dan ADUN Kuala kurau Abdul Yunus Jamhari telah mengadakan program turun padang bertemu dengan masyarakat Tionghua sebelum Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Parit Buntar Ahmad Azhar Sharin berkata ,seramai 160 orang miskin Cina diberikan sumbangan angpau dan buah limau.

" Penyampaian sumbangan diadakan tiga kawasan komuniti orang Cina di Pekan Baru Parit Buntar, Kuala Bagan Tiang, Pekan Kuala Kurau, Pekan Tanjung Piandang

" Ajk DHPP Parit Buntar membantu mengenalpasti orang Cina yang layak menerima sumbangan Tahun Baru Cina berkenaan" katanya

Read more...
 
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan duit UMNO

IPOH, 27 Jan. : UMNO jelas menyalahgunakan wang rakyat kerana  memanipulasi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 seolah-olah duit itu datang dari wang  UMNO., tegas Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussian.

Beliau menyatakan, buktinya kita dapat lihat di seluruh pelusuk Negeri Perak   kain-kain rentang digantung merata kampung seolah-olah pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 ini adalah pemberian UMNO BN.

Pesuruhjaya PAS Perak itu menyatakan lagi, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 adalah wang rakyat diambil daripada berbagai sumber pendapatan Negara, Semua rakyat yang layak wajib  ambil, kerana ini adalah wang rakyat bukan wang UMNO.

Read more...
 
ADUN PAS terus ziarahi rakyat
 
TELUK INTAN, 26 Jan. : Hampir 20 buah rumah telah diziarahi ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin semasa melakukan Program Ziarah Rakyat ke Ganda dan Kg. Sg. Cawang. 

Turut serta program tersebut ialah Timbalan YDP PAS kawasan Sdr. Rahmat Maliki, Timbalan Ketua Dewan Muslimat kawasan Pn. Hjh. Faridah Rajiah, dan ahli jawatankuasa PAS kawasan Sdr. Aamir.
 
Turut membantu ialah Ketua dan Timbalan DHPP kawasan, Sdr. Hacharan Singh dan Sdr. Sarguna serta beberapa orang AJK DHPP kawasan.
Read more...
 
Siasat jambatan baru sebulan tapi dah runtuh
 
IPOH, 26 Jan. :  Jambatan baru yang hanya sempat digunakan sebulan oleh penduduk, tiba-tiba runtuh dipercayai akibat struktur binaan yang tidak kukuh.

Jambatan berukuran sembilan meter panjang untuk kegunaan lebih 300 penduduk di Taman Gopeng Baru dekat Gopeng itu, dibina oleh sebuah kontraktor yang dilantik oleh Majlis Daerah Kampar (MDK) itu.

Kejadian pada jam 10.30 malam itu hampir meragut nyawa seorang penunggang motosikal yang melalui kawasan berkenaan.

Read more...
 
Kekerapan Najib turun ke Perak timbul tanda tanya

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/380913_331666290183158_100000193707179_1547856_1931680413_n.jpgIPOH, 25 Jan.: Kekerapan Predana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden Umno turut ke Perak sejak kebelakangan ini menimbulkan pelbagai persoalan termasuk adakah BN pnegeri itu sedang menghadapi masalah besar.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Salman Saleh berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu malah menambah ianya juga mungkin kerana BN tidak yakin pada PRU-13 nanti rakyat Perak akan bersama mereka.

Menurut Salman, umum maklum bahawa pada 13 Januari yang lalu, Najib telah pun berada di Perak dalam satu program khas untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN seluruh negara yang berkampung di Perak ketika itu.

Kini, selang dua minggu pula, Najib akan sekali lagi turun di Perak sempenan Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan pada 28 Januari ini di Setiawan, tambahnya lagi.

Read more...
 
Ujian Allah untuk uji keimanan dan tapisan dalam jamaah

TELUK INTAN, 25 Jan. : Ujian dari Allah SWT dalam perjuangan adalah untuk menguji keimanan dan mengukuhkan perjuangan seorang anggota jemaah atau parti. Demikian dinyatakan oleh  Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Ustaz Sallehen Muhyi di dalam majlis Liqa Fikri PAS Kawasan Teluk Intan baru-baru ini.

Program bulanan tersebut telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak dekat sini.

Menurut Ustaz Sallehen lagi, ujian juga bertindak sebagai mekanisme penapis dalam jemaah atau parti.

Dengan adanya ujian dalam perjuangan, sesebuah parti itu akan mengalami mengalami proses penapisan ahli yang akan menyelamatkan parti dari unsur-unsur yang tidak sihat. Beliau telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk " Peranan Tarbiyyah Kepada Petugas-petugas Pilihanraya".

Read more...
 
Dr. Azalan Radzi sampaikan hadiah pertandingan bolasepak

PADANG RENGAS, 23 Jan. : Pertandingan bola sepak 9 sebelah anjuran SEMARAK Padang Rengas telah berlangsung dengan jayanya dengan menyaksikan penyertaan 22 buah pasukan sekitar kawasan Padang Rengas serta kawasan yang berhampiran.
Pertandingan yang menawarkan hadiah berjumlah RM 500 (Johan), RM 300 (Naib Johan), RM 150 (ke-3) serta RM 100 (ke-4) telah dilangsungkan di Padang Sekolah Kebangsaan Sauk.

Pertandingan yang dimulakan pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 6.30 petang menyaksikan pasukan I.B.U Kati Senior F.C telah muncul sebagai juara mengalahkan pasukan Seterus F.C.

Manakala tempat ke-3 dan ke-4 disandang oleh pasukan Harimau H dan MOG SSU.

Read more...
 
PAS Parit Buntar ganti bumbung baru untuk penduduk

http://3.bp.blogspot.com/-TTE0r8-Wdks/TxJ1cO1GYCI/AAAAAAAAAYU/0tbnsM5mp1w/s1600/10.jpgPARIT BUNTAR, 21 Jan. : Dewan Muslimat PAS Parit Buntar dengan kerjasama Unit Amal Parit Buntar serta Nisa' Parit Buntar terus menabur bakti kepada masyarakat dengan bergotong royong memperbaiki dan menganti bumbung rumah seorang penduduk di Parit Haji Abd Rahman di sini.

Ketua Muslimat PAS Parit Buntar Rahimah Osman berkata, Dewan Muslimat mengambil inisiatif bergotong royong kerana prihatin terhadap keadaan rumah yang uzur pasangan warga emas Ahmad Haji Salleh, 70 dan Normah Ariff , 63.

" Dewan Muslimat telah menjalankan kutipan derma untuk menampung keseluruhan kos membeli zink yang baru.

Read more...
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Results 1 - 38 of 2441
Google

RSS Laman PAS Parit Buntar
RSS Berita Tempatan
RSS Berita Negeri
RSS Berita Semua 
(utk bloggers, boleh copy paste mana-mana link di atas ke dalam Bloglist)



Untuk menyumbang dana
--- sila salurkan melalui ---

Akaun PAS Kawasan Pt Buntar
 Bank Islam M'sia Berhad 
atas nama
PAS Kawasan Parit Buntar
(08022010016590)

--- atau melalui ---

Tabung Dana Perihatin
Bank Muamalat M'sia Berhad

atas nama
Jkuasa Dana JPR Pt Buntar
(0801-0000839-71-1)

--- atau melalui ---

Tabung Pembangunan Markaz
Bank Islam M'sia Berhad

atas nama
Pembangunan Markas PAS Pt Buntar
(08022010022622)

--- atau melalui ---

Tabung Lajnah Kebajikan
Bank Islam M'sia Berhad

atas nama
Dana Kebajikan Parit Buntar
(
08022010048488)


Stats Counter



Laman Web Rasmi PAS Parit Buntar diterbitkan oleh Lajnah IT, PAS Kawasan Parit Buntar
Semua tulisan di dalam laman ini tidak semestinya melambangkan pandangan Parti kecuali jika dikatakan demikian
© 2012 PAS Parit Buntar
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.